RightStep.my > Jangan Bimbang, Bukan MLM

Jangan Bimbang, Ini Bukan MLM

Usaha yang akan dijalankan dengan menggunakan kaedah klasik ABC ini bukan MLM. Tetapi ramai yang menyangka ia adalah MLM kerana ia seperti MLM sebab menggunakan lesesn AJL. Ia sebenarnya lebih kepada Shopping Club.

Sudah tentu juga bukan Jualan Langsung, sebab tidak ada apa yang perlu dijual. Bahkan menjual seperti dilarang. Kaedah ABC mengatasi ‘menjual’ sebab ramai yang tak selesa dengan menjual.

Bukti bukan MLM:

  • Kalau MLM tentu tidak ada di Singapura kerana di sana MLM tidak dibenarkan.
  • Bila ditawarkan kepada ‘kaki MLM’ serta-merta menolak kerana tidak ada ‘marketing plan’ dan tidak ada, ‘Wang yang banyak, dalam masa yang singkat’. Tidak ada penglipurlara.
  • Di sini tidak ada Dato’ palsu, Dato’ Seri, ‘Dr. Ayam’.
  • Di sini tidak ada orang berpakaian pelik, dilainkan, berkilau-kilauan seperti M. Daud Kilau.

MLM DI MALAYSIA
Oleh sebab sering disangka MLM, maka dijelaskan mengenai MLM di Malaysia supaya menjadi panduan selamanya.

Apabila disebut MLM atau Network Marketing, nampaknya lebih ramai yang mencebik dan menghindari. Puncanya adalah kerana ia telah dirosakkan oleh orang yang terdahulu. Walau bagaimana elok, betul dan jujurnya satu-sattu Real MLM, tetap ia dipandang serong.

Yang wajib dihindari ialah MLM atau ‘program’ tak tentu arah, atau selalu disebut MLM pening kepala. Untuk mengabui selalunya diubah menjadi Network Marketing. Bisnes? Bukan bisnes kerana selalunya produk bukan keutamaan. Keutamaannya ialah ‘Pelan Pemasaran’ yang mengarut — banyak dalam masa yang singkat, mudah. Dikatakan mengarut kerana bukan itu sifatnya bisnes.

MLM tidak tentu arah yang menjanjikan bulan dan bintang, banyak, cepat dan mudah itu semestinya dihindari kerana ia bukan bisnes.

BAGAIMANA MENGENALI
Mudah mengenalinya. Selalunya baru sahaja ditubuhkan. Cerita yang berkisar di dalamnya tak lebih dari, “Banyak, besar, dalam masa singkat dengan mudah. Duit, duit, duit.” Di sini, Pelan Pemasaran lebih utama daripada produk. Kelompok manusia di dalam itu adalah kelompok yang sama, berpindah-randah dari satu syarikat ke satu syarikat lain. Selalunya banyak ‘Datuk’ ‘Datuk Seri’ dan Dr. Ayam. Bahkan Prof. pun ada. Lebih banyak ‘huh-hah-huh-hah’, gempak, riuh rendah di dalamnya.

DENGAN KAEDAH ABC
Hanya dengan membeli produk keperluan seperti biasa, tetapi beralih tempat membeli, kita memperoleh pelbagai faedah besar dari Shopping Club ini.

Disediakan bimbingan supaya berjaya menghapuskan Pemberat Hidup dan seterusnya membina legasi kewangan.

Bagaimana dengan modal? Tidak lebih dari perbelanjaan produk keperluan seisi rumah setiap bulan, sebab konsep ABC adalah membeli produk keperluan seperti biasa. Cuma kali ini beralih tempat membeli, sebab membeli seperti biasa setiap bulan tidak mendapat apa-apa faedah:

  • Diskaun tidak kurang dari 30% dan tidak lebih dari 50%.
  • Hanya produk berkualiti tinggi sahaja dengan jaminan 90 hari wang dikembalikan jika tidak berpuashati. Bekas kosong pun boleh dikembalikan.
  • Dapat turut sama membantu memelihara alam sekitar dengan produk mesra alam. Kita meminjam alam ini dari masa depan keturunan kita.
  • Ahli yang baru mendaftar dan membeli seperti biasa setiap bulan akan mendapat produk pilihan percuma setiap bulan dari bulan ke-2 hingga ke-6.
  • Dari kaedah ABC dapat ‘Menghapuskan Pemberat Hidup’.
  • Dapat membina legasi kewangan yang boleh diwariskan kepada pewaris.