right-step-my-langsai-hutang-20

Mengapa Celwise sangat penting untuk seluruh diri saya

Celwise, produk yang begitu laris sejak mula dipasarkan kerana ia sangat penting untuk tubuh badan. Produk ini menjadi bertambah-tambah laris sejak terjadinya wabak Covid-19 di seluruh dunia. Bahkan sebelum, semasa dan selepas wabak ini Celwise tetap menjadi pilihan yang laris.

Celwise lebih dari sekadar anti-oksidan. Selalunya Vitamin C dikaitkan dengan anti-oksidan. Namun Celwise mengandungi lebih dari vitamin C. Bahkan Vitamin C yang terdapat dalam Celwise adalah dari sumber semulajadi yang telah disahkan oleh sains.

Hanya vitamin C, dikatakan kurang mencukupi untuk anti-oksidan. Ia mesti digabungkan dengan vitamin A, C, E. Celwise kandungannya, disahkan oleh sains, lebih dari Vitamin A,C,E.

Jangan sesekali memandang ringan dengan anti-oksidan

Menurut sains, setiap minit, trilion sel dalam badan kita ‘diserang’ dengan ganas oleh radikal bebas, dari dalam dan luar tubuh kita. Kita mempunyai sistem pertahanan sendiri, namun selalunya tidak cukup kebal dalam menahan serangan radikal bebas yang lebih ‘ganas’.

Akibatnya? Oleh sebab sel tidak mendapat perlindungan yang cukup, maka ia boleh menyebabkan terjadinya penyakit-penyakit kronik, dengan segara atau lama-kelamaan.

Mengenali Radikal Bebas (Free Radical) yang sentiasa menyerang

Dalam bahasa sains Radikal Bebas disebut begini: Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronik, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik kerana radikal bebas diperlukan anti-oksidan.

Dalam bahasa mudah ia adalah serangan ganas, dari dalam dan luar tubuh berlaku setiap minit, menyerang sel-sel di dalam badan hingga boleh menyebabkan terjadinya penyakit kronik, sama ada lambat atau cepat. Radikal bebas juga punya paling utama mengapa seseorang kelihatan ‘cepat tua’.

Apa kandungan Celwise

Celwise dicipta oleh pakar dalam bidangnya, menggunakan hanya bahan-bahan asli sahaja. Sains di sebalik bahan kandungan Celwise:

  • Vitamin C yang ditambah dengan Tocopherol dan Carotenoids yang diperlukan setiap hari, setiap minit. Kedua-dua Tocopherol dan Carotenoid terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebab itu dikatakan orang yang makan lebih sayur dan buah sentiasa sihat. Dengan gabungan ini lengkaplah vitamin A,C,E.
  • Ekstrak Buah zaiton lambang kecantikan Mediteranean. Untuk kesihatan dan kecantikan kulit
  • Ekstrak Biji Anggur sejak sekian lama dikenalpasti sebagai anti-oksidan dan membantu menyihatkan saluran darah. Secara langsung membantu kesihatan jantung.
  • Lycopene terdapat dalam buah-buahan ‘merah’ seperti tomato, anggur merah, tembikai dikenalpasti sebagai anti-oksidan yang tinggi.

Diringkaskan, dengan sebotol Celwise ini memperoleh manfaat kesihatan, kecantikan kulit, awet muda dan perlindungan Radikal bebas dari hujung rambut ke hujung kaki:

  • Jantung — Gabungan Ekstrak biji anggur dan lycopene.
  • Otot — Gabungan ekstrak buah zaitun, Tocopherol dan Carotenoids.
  • Kulit — Gabungan ekstrak buah zaitun, Tocopherol dan Carotenoids.
  • Penghadaman — Gabungan Vitamin C dan Tocopherol.
  • Mata (Penglihatan) — Gabungan Carotenoids.
  • Otak — Gabungan Vitamin C dan ekstrak biji anggur.
  • DNA — Gabungan Vitamin C, ekstrak biji anggur, ekstrak buah zaitun.

Celwise tidak dijual di mana-mana, sebaliknya membeli sendiri secara online atau di kaunter. Dengan menjadi ahli Shopping Club boleh membeli Celwise dan lebih 350 jenis produk dengan diskaun tidak kurang dari 30% dan tidak lebih dari 50%. Setiap produk membawa jaminan 90 hari, wang dikembalikan sepenuhnya jikalau tidak berpuashati.

Silakan klik untuk WhatsApp 0196936603