right-step-my-langsai-hutang-gembira

Mengapa MLM makin dihindari bahkan makin dibenci?

Untungnya, Shopping Club ini bukan MLM walaupun menggunakan lesen AJL (Akta Jualan langsung). Mengapa untung? Kerana kita tidak terlibat dengan dunia sarkas MLM.

Ada MLM yang betul tapi lebih banyak yang tidak betul. Kalau dalam MLM yang betul pun ada pemain sarkas, apatah lagi dalam MLM yang tidak betul. Untuk mengenali MLM yang betul, paling mudah ialah mengenali MLM yang tidak betul terlebih dulu.

Apa-apa ‘tidak betul’ yang mereka lakukan tidak ada dalam Shopping Club ini. Tidak ada pemain sarkas dalam Shopping Club. Pemain sarkas akan berterusan mencari sarkas bagi menunjukkan bakatnya.

Mengapa MLM makin dihindari?

Jikalau lebih ramai yang menghindari MLM / Network Marketing, berbanding yang mengalu-alukan, sesungguhnya mereka berhak begitu. Kebanyakan mereka menjadi begitu kerana berasaskan ‘dengar-dengar’ atau pernah ‘terkena’ dengan MLM ‘pening kepala’.

Dalam MLM pening kepala ramai pemain sarkas. Memang habitatnya.

Malangnya ‘pemain sarkas’ ini lebih rela kekal dalam gelanggang sarkas daripada keluar dan mengusahakan perkara lain untuk mula membina kejayaan (kalau ada yang dikatakan ‘kejayaan’ itu).

Mengapa? Tidak adakah yang berjaya dalam MLM pening kepala? Hanya pemain sarkas yang rela berada di dalam gelanggang sarkas.

Sebahagian mereka mendakwa sebagai ‘leader’ atau selalu salah sebut, “leader-leader”. Jangan sesekali menyangka leader di dalam MLM pening kepala itu pemimpin seperti Nalsen Mandela, Anwar Ibrahim, Malcolm X dan sebagainya. Di dalam MLM pening kepala, asalkan kaki melompat, pemain sarkas, mereka akan diangkat sebagai ‘leader’.

Rahsianya: Balik Kepada Asas

Apabila kita sudah pergi jauh dan sesat, kecewa, cara yang terbaik ialah balik ke pangkal jalan. Begitu ramai yang telah ‘sesat’ apabila tercebur dalam MLM pening kepala. Sesat, rugi, mengutuk, taubat, habis usia — begitulah kesan buruk dari MLM pening kepala.

Bagaimana supaya tidak tercebur? Hindari. Itu saja caranya. Jika melihat agak pelik seperti perkataan ‘jutawan’ sentiasa berkumandang, pakaian mereka pun pelik-pelik, perkataan mereka pun pelik — perkataan menjual diganti dengan perkataan ‘nyanyi’, ramai-ramai tunjuk tanda ‘best’, amat kurang cerita fasal produk, sahih itulah syarikat pening kepala.

Itu kalau belum terjebak. Bagaimana kalau sudah terjebak, sedang atau bakal menanggung rugi, kehilangan masa, nama yang busuk? Hanya ada satu cara sahaja — kembali ke pangkal jalan. Back to basic.

Sebelum itu lihatlah sekeliling, berapakah peratusan orang yang berjaya di dalam syarikat pening kepala itu sejak dahulu lagi? Rasanya 0 peratus. Jadi, apa sebenarnya yang dicari atau ditunggu lagi?

Asal Usul, Pangkal Jalan

Asal permulaan MLM adalah syarikat yang mengeluarkan produk. Kemudian produk itu dipasarkan melalui rangkaian pengedar. Pengedar-pengedar ini diberi upah (bonus) dalam dua bentuk iaitu — untung runcit menjual produk, dan satu lagi bonus kerana membantu meramaikan pengedar (menaja). Namun menaja tidak menghasilkan wang. Yang menghasilkan wang ialah apabila rangkaian pengedar ini masing-masing menggerakkan produk ke tangan pengguna berulang-ulang dan dalam masa yang sama turut meramaikan pengedar.

Upah (bonus) diberi berdasarkan jumlah produk yang disampaikan kepada pengguna, dalam kumpulan yang dibina. makin besar kumpulannya, makin besar bonusnya. Inilah yang selalu disebut ‘marketing plan’ atau ‘Pelan Insentif’.

Maknanya juga Marketing Plan jatuh nombor 3. Yang pertama Pengurusan syarikat, kedua, Produk keperluan, ketiga barulah Marketing Plan. Cuba bandingkan dengan yang pening kepala — baru buka mulut, sudah ditanya, “Apa Marketing Plan nya?”. Dalam pening kepala, yang lain jatuh nombor 100. Yang, utama nombor 1 ialah Marketing Plan. Bahkan produk yang disediakan hanya sebagai memenuhi syarat sahaja.

Pilihlah, Mahu Berhutang atau Mahu Melangsaikan Hutang

Selalunya, jikalau tercebur dan merelakan diri tercebur di dalam MLM pening kepala, bukan akan melangsaikan hutang sebaliknya akan menambah hutang.

Inilah bezanya jikalau mahu membandingkan dengan Shopping Club yang disangka MLM.

Di dalam Shopping Club tidak akan ada pemain sarkas kerana ia membina kelompok sendiri. Pemain sarkas sukar untuk meminati melainkan pemain yang sudah insaf. Jadi dalam Shopping Club tidak ada yang berperangai dan berpakaian pelik berkilat-kilat seperti M. Daud Kilau, belang-belang, berbunga-bunga, melebihi pakaian normal.

Semuanya fakta. Tidak ada rekaan jumlah pendapatan pengedar, tidak ada yang mereka-reka jualan tahunan syarikat, tidak ada yang menunjuk tanda jempol (best), tidak ada yang bergambar tepi kereta dan pelbagai lagi aksi pelik.

Platform seperti inilah yang mesti diusahakan untuk melangsaikan hutang dan kemudian membina legasi kewangan untuk diwariskan kepada keluarga dan zuriat.

Dengan menggunakan kaedah klasik ABC, siapa pun yang berkemahuan akan memperoleh produk berkualiti tinggi, melangsaikan hutang, membina legasi kewangan yang akan diwariskan pada pewaris.

Kaedah klasik ABC ini ada dalam Shopping Club. WhatsApp untuk lebih lanjut. Klik nombor ini: 0196936603