RightStep.my > Sekarang, Bagaimana Caranya
right-step-my-langsai-hutang-11

Dalam buku nipis 45 muka surat ini dijelaskan dengan tepat bagaimana menghapuskan pemberat hidup yang menjadi penghalang utama kelancaran hidup dan kegembiraan.  

Sekarang, Bagaimana Caranya.

Cukup dengan cakap-cakap, motivasi-motivasi, sekarang bagaimana caranya bebas hutang dan seterusnya membina legasi kewangan yang boleh diwariskan.

Menghapuskan PEMBERAT HIDUP dan seterusnya membina legasi KEWANGAN untuk ditinggalkan pada anak cucu mestilah berdasarkan ‘berpijak di bumi nyata’. Fizikal mesti berusaha ke arah 2 kepentingan itu, bukan setakat menadah tangan berdoa.

Masih tidak mahu berganjak mahu memulakan langkah pertama? Sekali lagi buat pilihan paling tepat: Mahu mati tenggelam atau berenang?

Tak yakin boleh mencapai kedua-duanya serentak? Sudah berjuta bahkan berbilion manusia menggunakan kaedah ini dan akhirnya berjaya bebas dari hutang. Selepas mengurangkan atau bebas sepenuhnya dari hutang, dengan tenteram membina legasi kewangan untuk keluarga dan waris.

Ada pilihan lain? Tidak ada. Hutang mesti dilangsaikan semasa di atas muka bumi ini atau dibawa ke akhirat. Pendek kata, pilih hanya berenang sahaja. Jika memilih berenang, maka sekaligus, tidak tenggelam di dunia dan akhirat.

Tapi bagaimana? Sedangkan untuk hidup pun terkapai-kapai?

  • Perlu ada 2 sumber perolehan. Yang satu khas untuk menghapuskan pemberat hidup.
  • Menggunakan kaedah ABC yang sudah dilaksanakan oleh jutaan orang dan peratusan kejayaan yang amat tinggi.

Tapi, adakah ia bisnes? Hasilnya seperti bisnes, tapi usahanya bukan bisnes. Bukan juga MLM atau program-program kewangan yang mengarut.

Lebih kepada Shopping Club — membeli keperluan seperti biasa sambil menjalin silaturahim, persahabatan, persaudaraan tapi memperoleh sumber kewangan yang tidak putus. Sumber kewangan berterusan ini digunakan untuk bebas hutang, membina masa depan dan seterusnya untuk diwariskan kepada pewaris.

Ada cara lain? Jikalau ada, lupakan Shopping Club yang disyorkan ini untuk menghapuskan pemberat hidup dan membina legasi kewangan.